Selasa, 20 April 2010

Maulid Sayyidah Sukainah Radhiaallahu 'anha

makam Sayyidah Sukainah di Mesir


اذا رمت العلا والعز فاقصد سكينة بنت سيدنا الحسين
وعند مقامها قف باحترام لتشهد نورها فى الخافقين
لها الجاه العريض بلا نزع وجودها فاض من كرم اليدين
لها شرف عظيم لايضاهى مقام علاه فوق الفرقدين


HARI : RABU

TARIKH : 7 JAMADIL AWAL 1431 H bersamaan 21 APRIL 2010

MASA : selepas SOLAT MAGHRIB

TEMPAT : DI MASJID SAYYIDAH SUKAINAH, KAHERAH


Di jemput kepada semua untuk memeriahkan lagi maulid...


Sejarah ringkas Sayyidah Sukainah

Beliau adalah Sayyidah Sukainah bt Imam Husain bin Imam Ali. Bondanya ialah Sayyidah Rubab bt Umruul Qais bin 'Adiyy bin Aus (al-Kalbi). Dilahirkan Radhiallahu 'anha pada tahun 47 H.
Berkahwin beliah dengan Sayyidi Abdullah bin Imam Hassan as-Sibti bin Imam Ali Karramahu wajhah. Selepas wafatnya Sayyidi Abdul Salam, berkahwin pula Sayyidah Sukainah dengan Mus'ab bin Zubair Radhiallahu 'anhu.

Adalah Sayyidah Sukainah merupakan (Sayyidah Nisa') penghulu kepada wanita pada zamannya, merupakan secantik-cantik wanita dan budi pekerti yang mulia. Sayyidah Sukainah masyhur dengan seorang penyair kerana minatnya dalam syair-syair. Pada masa itu, beliau sentiasa di kunjungi oleh para syu'ara' yang terkemuka pada ketika itu, seperti Farazdak, Jarir, Nasib, Jamil dan ramai lagi.

Wafat Radhiallahu 'anha pada tahun 117 H, dikatakan wafat beliau pada 5 Rabi'ul Awwal 126 H di Mesir.

Ahad, 11 April 2010

Maulid Sayyidina Husain bin Sayyidina Ali


هذا الحسين وهذه أنواره لاحت على زواره أسراره

هذا الحسين وفى الجنان مقره فاحت على أحبابه أعطاره


HARI : Selasa

TARIKH : 27 Rabi'ul Akhir 1431 H bersamaan
13 April 2010

MASA : bermula selepas Solat Maghrib

TEMPAT : Masjid Sayyidina Husain, Kaherah


Di jemput kepada semua untuk menghadirinya terutamanya Abna' Tariqah al-Ja'fariyyah.

Ahad, 19 Julai 2009

Ziarah Iskandariah

Maqam pengarang burdah masyhur, Imam Busairi r.anhu

Membacakan madih "Radhina Ya Bani Zahra Radhina" di 12 maqam auliya'.

Bertawasul dengan Sayyidi Abul 'Abbas Mursi dan juga terdapat maqam puteranya.


Pada 1Julai lalu juga, setelah mengadakan ziarah ke Sayyidi Ibrahim Dasuqi, kami ke Iskandariah bagi menziarahi maqam wali Allah di sana. Dalam satu kawasan, terdapat beberapa maqam orang pilihan Allah. Mereka ialah Sayyidi Abul 'Abbas Al-Mursi, mentuanya iaitu Sayyidi Yaqut Al-'Arsyi, pengarang burdah yang masyhur iaitu Al-Imam Busairi serta 12 maqam auliya'. Kami berkesempatan mambacakan madih serta berdoa bersama-sama di sisi mereka.

Syeikh Abdul Ghani Selamat Tiba Di Sudan

زيارة سيدنا الشيخ عبد الغني إلى السودان

Syeikh Abdul Ghani, syeikh bagi Tariqat Jaafariyah mengadakan lawatan ziarah ke negara Sudan bermula semalam. Beliau dilaporkan telah selamat tiba di ibu negara Sudan, Khartoum hari ini bagi menziarahi ahli keluarga beliau di wilayah Dunqula. Juga terdapat banyak maqam guru ayahandanya, Syeikh Soleh Jaafari dan ahli keluarganya yang masih menetap di Sudan. Syeikh Abdul Ghani juga dilaporkan akan merasmikan markaz Tariqat Jaafariyah yang didirikan di ibu negara Sudan, Khartoum pada malam Jumaat ini. Semoga Allah memelihara Syeikh Abdul Ghani dan mudah-mudahan beliau selamat pergi dan selamat pulang. Sepanjang sepeninggalan Syeikh Abdul Ghani, segala urusan hadrah dan tariqat akan diambil alih oleh putera sulungnya, Sayyidi Muhammad Soleh yang juga Naib 'Umum Tariqat.

Seluruh Abna' Syeikh dari Malaysia mengucapkan selamat jalan kepada syeikh. Semoga Allah memudahkan segala urusan beliau dan selamat pergi dan pulang.Madad!

MAULID SAYYIDAH ZAINAB

مدد يا السيدة زينب

SAMBUTAN MAULID SAYYIDAH ZAINAB BINTI SAIDINA 'ALI
R.ANHUM WA 'ALAIHIMUS SALAM

SAMBUTAN MAULID PUTERI SAYYIDAH FATIMAH DAN SAYYIDINA 'ALI BIN ABI TALIB AKAN BERLANGSUNG PADA SELASA 21 JULAI 2009 BERTEMPAT DI MASJID BELIAU DI KAHERAH.

HADRAH AKAN DIADAKAN DI MASJID SYEIKH SOLEH JAAFARI R.ANHU KAHERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID YANG PENUH BERCAHAYA INI.

الفاتحة إلى السيدة زينب

Rabu, 15 Julai 2009

Ziarah Sayyidi Ibrahim Dusuqi

في رحاب سيدي الدسوقي

المدد يا سيدي الدسوقي المدد

Maqam Sayyidi Ibrahim Dasuqi r.anhu yang terletak dalam masjid beliau.

Bergambar kenang-kenangan di maqam Sayyidi Ibrahim Dasuqi.

Inilah kesan tapak tangan Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia.

Penerangan di sisi tapak tangan Baginda s.a.w yang mulia sebelum bacaan doa di sisinya.

Tanggal 1 Julai lalu, para pencinta Syeikh Soleh Jaafari r.anhu bersama abna' Malaysia mengadakan lawatan dan menziarahi maqam wali qutub yang agung, Sayyidi Ibrahim Dusuqi r.anhu. Jaulah yang melibatkan dua muhafazah iaitu Kafr Syeikh dan Iskandariah itu diadakan selama sehari suntuk dengan dimulai dengan maqam Sayyidi Ibrahim Dusuqi. Masjid dan maqam beliau yang terletak di bandar Dasuq, muhafazah Kafr Syeikh itu memakan masa hampir tiga jam dari Kaherah. Perjalanan dengan tremco ke muhafazah tersebut tidak sunyi dengan bacaan madih dan pujian terhadap Rasulullah s.a.w. Setibanya kami di masjid beliau yang mulia, bacaan madih dan selawat sekali lagi bergema di maqam beliau. Bersebelahan maqam beliau bersemadinya jasad saudaranya. Rangka tulang buaya yang terlibat dengan peristiwa masyhur yang dikaitkan dengan Sayyidi Ibrahim Dusuqi masih disimpan berhampiran maqamnya. Ceritanya satu hari seorang kanak-kanak ditelan buaya ketika bermain-main di sungai. Lalu ibu kanak-kanak tadi mengadu kejadian tersebut kepada Sayyidi Ibrahim lalu beliau bergegas ke sungai dan memerintahkan supaya buaya yang memakan kanak-kanak tadi supaya timbul. Dengan izin Allah, buaya tadi timbul lalu Sayyidi Ibrahim minta buaya tadi mengeluarkan kanak-kanak tadi dari perutnya. Buaya tadi dengan kuasa Allah menurut perintah lalu selepas dikeluarkan mayat kanak-kanak tadi Sayyidi Ibrahim berkata, "Sekarang matilah kamu wahai buaya dengan izin Allah," Lalu buaya tadi pun mati. Tulang buaya tadi masih selamat tersimpan dalam maqam tersebut. Sayyidi Ibrahim dilahirkan pada tahun 653 hijrah dan meninggal dunia ketika berusia 43 tahun pada tahun 696 hijrah. Beliau juga dikatakan wali Allah yang meninggal dunia dalam keadaan sujud dalam solat.

Berhampiran maqam kedua-dua wali tersebut terdapat kesan tapak tangan mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Kami turut membacakan qasidah "Marhaban Haza Nabi" sambil mereka yang hadir mengucup mengambil berkat pada kesan tapak tangan tersebut.

Lawatan kami ke berakhir dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Khairil Anuar Saleh yang turut menyertai jaulah pada hari itu. Bacaan doa diaminkan oleh kami di hadapan kesan tapak tangan tersebut mengambil pandangan dari para ulamak yang menyebut mustajab doa di sisi tempat mempunyai kesan peninggalan Rasulullah s.a.w. Sebelum ini jaulah kami ke Masjid Sultan Qaitbai di Kaherah juga ketika menziarahi kesan dua tapak kaki mulia Baginda Rasulullah s.a.w di masjid tersebut.

Jaulah kami pada hari itu agak istimewa dengan pergerakan kami dikawal oleh anggota polis dari cawangan Dasuq. Mereka turut mengiringi kenderaan kami sewaktu perjalanan keluar dari bandar Dasuq menuju ke bandar Iskandariah bagi meneruskan ziarah kami ke maqam auliya' seterusnya.