Selasa, 28 April 2009

KHATAM MATAN TUHFATUL ATFAL





Kelas pengajian Syeikh Ashraf Hamid Hasanain, imam kedua Masjid Al-Azhar kitab Tuhfatul Atfal Fi Tajwid Al-Quran yang berlangsung di Rumah Kedah Baru, Hayyu Sabie' pada setiap hari Isnin, telah dikhatamkan malam tadi. Beliau telah membahagikan pengajiannya kepada lima sesi dan penutupnya diadakan semalam. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim yang juga Badan Pengurus angkat bagi Kedah dan Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), Ustaz Abu Bakar Razak. Selesai solat Isyak, diadakan bacaan burdah yang dialunkan oleh Ustaz Malik dan beberapa orang mahasiswa Kedah. Pada majlis tersebut, Ustaz Abdul Malik telah membacakan Burdah Al-Hasaniyah wal Husainiyyah tulisan Syeikh Soleh Jaafari r.anhu. Syeikh Ashraf turut mengulas dan mensyarah burdah tersebut. Menurut beliau, matan tersebut hanyalah kunci kepada ilmu tajwid lain yang perlu lagi diusahakan oleh para pelajar untuk mendalami ilmu Al-Quran yang cukup luas. Di akhir majlis, selepas menangguhkannya dengan bacaan doa, beliau telah sudi mengijazahkan matan Tuhfatul Atfal tersebut dengan bersyarat. Antaranya melazimi serta menghadiri syeikh sebelum ini.Majlis diakhiri dengan jamuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan